Home Security Site New Features Guest Book Bug Report Feedback

Di Sebalik Background


   Sebelum mencapai home page sebenar, laman ini terlebih dahulu dihantar ke internet mengikut peringkat yang tertentu. Sekarang ini adalah dalam peringkat 4 (Beta 4) daripada 7 peringkat kesemuanya. Oleh itu home page ini masih mempunyai banyak kesilapan dan maklumat yang belum tersusun rapi. Jadi dalam page ini saya ingin menerangkan apakah pembaharuan dalam peringkat 4.

CoolGalaxy Beta 4

Feedback - Feedback dalam beta 3 dahulu mempunyai kesilapan 'Value' dan akibatnya saya tidak mendapat maklum balas dari ramai pelawat. Dan sekarang ia sudah diperbaiki. Tapi masih belum cukup maju.

Guest Book - Guest book telah saya masukkan dalam Beta 4. Dalam Beta 3, saya tidak menyediakan guest book kerana disengajakan.

Bug Report - Page ini khas saya sediakan untuk para pelawat melaporkan kerosakan dalam home page. Saya mengharapkan agar anda melaporkannya.

CoolGalaxy Beta 5

Di sini saya tidak boleh nak terangkan secara khas kerana saya tidak membuatnya lagi. Tapi secara amnya saya akan menambah dua tajuk lagi iaitu Education dan Shop. Sebenarnya saya tidak mahu membuat bahagian yang dinamakan shop itu. Tapi saya terpaksa juga membuatnya. Jadi sesiapa mahu membeli komputer, baju, atau lain-lain silalah tunggu Beta 5.

Pendapat

Pada pendapat saya,  Beta 4 dan Beta 3 tidak mempunyai perbezaan yang ketara dan ia masih lagi mempunyai banyak kerosakan dan kelemahan grafik seperti Beta 3. Saya yakin selepas Beta 7 nanti, home page ini cukup maju dan menarik untuk anda lawati.

Masa Depan

Saya bercadang akan mengubah structure home page ini secara menyeluruh. Ini termasuk background, button dan sebagainya. 


Go to CoolGalaxy Community Now !!! Click Here...

Send mail to webmaster@coolgalaxy.htmlplanet.com with questions or comments about this web site. [More Information]
Copyright © 2000 Azwadi Corporation
Last modified: January 09, 2000