CoolPlanet Introduction

Home Security Site New Features Guest Book Bug Report Feedback

Introduction


Introduction

Photo Gallery

Living World

Free Email

Search Engines

Software

News & Media

Assalamualaikum

    Saya Muhammad Azwadi Bin Sulaiman, pembuat home page ini mengucapkaan terima kasih kepada anda kerana sudi melawat home page yang tidak seberapa ini. Sebenarnya saya membuat home page ini adalah  semata-mata untuk memenuhi masa lapang saya yang terluang

    Saya mula membuat home page ini pada awal cuti persekolahan tahun 1999 dan ia masih tidak siap 100% kerana kesuntukan masa.

    Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana sudi membantu saya membina home page ini. Saya tidak akan lupa galakan dan peransang yang telah mereka berikan kepada saya. Bagi membalas jasa mereka, saya telah menyiapkan satu bahagian yang khas untuk mereka (kalau anda mahu tengok macam mana wajah mereka, tengoklah kat situ nanti). 

    Kebanyakan maklumat yang dipaparkan dalam home page ini adalah bersumberkan home pages lain yang kaya dengan maklumat seperti gambar, berita, dan muzik. Saya hanya mengambil dan menyusunnya mengikut bahagian-bahagian yang tertentu.

    Maklumat-maklumat lain yang tertera di home page ini telah saya ambil daripada 'CD-CD' encyclopedia, majalah-majalah komputer, dan surat-surat khabar.

    Sebenarnya saya mahu menjadikan homepage ini sebagai gedung maklumat, tapi masa tidak mengizinkan. Saya harus menumpukan perhatian kepada pelajaran saya.

    Pembikinan home page ini juga menggunakan program pengubah bahasa HTML yang terbaru seperti Front Page 2000, manakala semua grafik dibuat dan dihasilkan dalam program Photo Shop.

    Untuk melihat persembahan grafik dan kesan-kesan bunyi dalam home page ini, pelayar web anda mestilah menyokong teknologi ActiveX dan DHTML. Saya mencadangkan anda menggunakan Internet Explorer version 5 ke atas. Jika anda masih tidak memilikinya, sila download sekarang. Ia adalah percuma.

Games & Cheap

Education

Shop

Science

Knowledges

Health

Religion

[My Friends] [My Life] [Credit]


Go to CoolGalaxy Community Now !!! Click Here...

Send mail to webmaster@coolgalaxy.htmlplanet.com with questions or comments about this web site. [More Information]
Copyright © 2000 Azwadi Corporation
Last modified: January 13, 2000